KUIZ BAB 4 [LATIHAN]

Sejarah Bab 4
1. Apakah gelaran ketua tempatan?
__________________________________________________________________________________
2. Apakah tanggungjawab ketua tempatan?
__________________________________________________________________________________
3. Siapakah pembesar Brunei yang dilantik oleh Sultan Brunei sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak?
__________________________________________________________________________________
4. Apakah bahan galian yang berharga di Sarawak pada masa itu?
__________________________________________________________________________________
5. Apakah yang dilakukan oleh wakil pembesar Brunei untuk menguasai kekayaan dan mengukuhkan kawalannya terhadap Sarawak?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
6. Apakah yang dilakukan oleh wakil pembesar Brunei untuk menambahkan hasil pendapatan Sarawak?
__________________________________________________________________________________
7. Apakah tujuan kebagkitan penentangan orang Bidayuh dan orang Melayu terhadap wakil pembesar Brunei?
__________________________________________________________________________________
8. Siapakah pembesar Sarawak yang memimpin orang Melayu menentang kezaliman wakil pembesar Brunei?
__________________________________________________________________________________
9. Apakah tujuan James Brooke belayar ke Brunei?
__________________________________________________________________________________
10. Apakah tawaran yang diberi kepada James Brooke jika berjaya memberhentikan kebangkitan di Sarawak?
__________________________________________________________________________________

11. Apakah yang dilakukan oleh Pangeran Raja Muda Hashim apabila James Brooke berjaya menamatkan kebagkitan di Sarawak?
__________________________________________________________________________________
12. Apakah tindakan James Brooke terhadap Bandar Kuching?
__________________________________________________________________________________
13. Siapakah yang mengesahkan kedudukan James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak?
__________________________________________________________________________________
14. Mengapakah Sultan Brunei berasa bimbang dan terpaksa mengiktirafkan perjanjian antara Pengeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke?
__________________________________________________________________________________
15. Apakah tujuan Fort Margherita dibina?
__________________________________________________________________________________
16. Hingga manakah keluarga Brooke meluaskan jajahannya?
__________________________________________________________________________________
17. Siapakah pembesar Melayu yang dilantik oleh James Brooke untuk membantu mentadbir Sarawak?
__________________________________________________________________________________
18. Apakah bidang tugas pembesar-pembesar Melayu yang dilantik oleh James Brooke?
__________________________________________________________________________________
19. Apakah yang nama Majlis yang dibentuk oleh James Brooke untuk melicinkan pentadbiran Sarawak?
__________________________________________________________________________________
20. Namakan dua anggota dari Majlis Bahagian?
__________________________________________________________________________________

4.5 [NOTA]

4.5  PERUBAHAN  SOSIAL  DI  BAWAH  PENTADBIRAN        KELUARGA  BROOKE

*      Dasar Brooke
·         Brooke telah melaksanakan dasar pecah dan perintah.
·         Setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza.
                                                        i.            Orang Melayu             -  bidang pendidikan
                                                      ii.            Orang Iban       -  bidang ketenteraan
                                                    iii.            Orang Cina      -  kegiatan pertanian, perlombongan dan perniagaan
                                                     iv.            Orang India      -  perniagaan kain
                                                       v.            Orang Sikh       -  polis

*      Bandar
·         Perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk telah membawa kepada pembangunan bandar-bandar seperti Kuching, Miri dan Sibu.
·         Bandar Kuching telah dijadikan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran kerajaan Sarawak.

*      Kemudahan
·         Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik disediakan di bandar.
·         Bagi melicinkan urusan pentadbiran dan menguruskan kegiatan ekonomi, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut diperkenalkan.

*      Pengangkutan  dan Perhubungan
·         Jalan raya terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuching dan Miri.
·         Landasan kereta api menghubungkan Kuching dengan Bau.
·         Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapore and Sarawak Steamship Company terdapat di bandar Kuching.
·         Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura.



*      Kesihatan
·         Pembinaan hospital dan klinik dimulakan oleh mubaligh Kristian dan hanya terdapat di Kuching dan Sibu.

*      Pendidikan
·         Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah untuk orang Dayak kerana beliau hendak mengekalkan cara hidup tradisional mereka.
·         Kerajaan menggalakkan mubaligh Kristian mendirikan sekolah-sekolah Inggeris.
·         Sekolah Cina dibiayai serta diuruskan oleh orang Cina.
·         Sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan di Srawak.

4.4 [NOTA]

4.4  PERUBAHAN  EKONOMI  DI BAWAH  PENTADBIRAN KELUARGA  BROOKE

1.      Keluarga Brooke tidak menggalakan kemasukkan pelabur luar secara besar-besaran  kerana hendak menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak.
2.      Orang Cina diberi peluang bekerja dalam bidang perdagangan dan perlombongan.
*      Hasil  Hutan
·         Hasil hutan yang dikutip oleh keluarga Brooke ialah sarang burung, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung dan kayu balak.
·         Sarang burung dikutip dari gua batu kapur.

*      Tanaman
*      Tanaman Tradisional
·         Kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia merupakan tanaman tradisional yang luas ditanam untuk dieksport.
*      Tanaman Baru
·         Tanaman baru ialah getah dan tembakau.
·         Tanaman getah diusahakan oleh pekebun kecil.
·         Getah merupakan eksport kedua selepas minyak.

*      Hasil Galian
·         Keluarga Brooke menjalankan aktiviti perlombongan seperti emas, antimoni, arang batu dan minyak.
*      Emas
·         Emas dilombong oleh pelombong Cina di Bau.
·         Pelombong Cina telah memberontak kerana tidak berpuas hati dengan cukai yang dikenekan oleh keluarga Brooke.
·         Oleh itu, Syarikat Borneo bermula mengusahakan perlombongan emas.
*      Antimoni
·         Syarikat Borneo juga menjalankan aktiviti perlombongan antimoni di Bau      dan Kuching.
*      Minyak
·         The Anglo-Saxon Oil Company telah mendapat konsesi untuk menjalankan  aktiviti perlombongan petroleum di Sarawak.
·         Telaga petroleum yang pertama digali di Miri.
·         Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917. 

4.3 [NOTA]


  1. Sistem pemerintahan beraja diperkenalkan bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk   tempatan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pentadbiran.
  2.  Pembesar Melayu yang berpengaruh dan berpengalaman seperti Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik untuk membantu James Brooke mentadbir Sarawak dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan adat tempatan.
  3. Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dibentuk untuk melicinkan pentadbiran Sarawak.
  4. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
CLICK TO ENLARGE

5.       Beberapa jabatan telah ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran:
i)                    Jabatan Kehakiman
ii)                   Jabatan Polis
iii)                 Jabatan Kastam dan Cukai
iv)                 Jabatan Pos

6.       Kes sivil diadili oleh ketua etnik masing-masing.
7.       Kes jenayah melibatkan lebih daripada satu suku kaum pula akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.
8.       British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888 bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak.
Syarat-syarat:
i)                    British melindungi Sarawak dari serangan musuh
ii)                   Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas
iii)                 Hal ehwal luar negeri adalah di bawah kawalan British

9       Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan Sarawak sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke.
10.        Ia merupakan pelembagaan bertulis pertama di Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.
11.       Perlembagaan Sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana Perang Dunia kedua telah meletus.

Perlembagaan Sarawak 1941
1.       Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
2.       Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
3.       Majlis Negeri diberi kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
4.       Raja Sarawak melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.


4.2 [NOTA]

Antara tahun 1853 hingga tahun 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah memperluas kawasan pemerintahan mereka dengan bantuan angkatan laut British
  

                          
CLICK TO ENLARGE
  
 Menjelang tahun 1905, keluarga Brooke telah berjaya meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan Brunei. Sempadan negeri Sarawak yang dibentuk semasa pemerintahan keluarga Brooke kekal sehingga hari ini.

CLICK TO ENLARGE

Sejarah Bab 4.1 [Peta Minda]

Klik untuk imej besar , Click to enlarge

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud, mendapat sesuatu yang amat diperlukan yang tidak disangka-sangkakan.

James Brooke